Pages

Wednesday, June 15, 2011

susah rupanya


hari ni dah hari ke-4 aku ganti tempat abah kat kedai ni. uruskan kedai mcm abah buat. sebelum ni mase aku belajar kat UiTM dari diploma ke degree selama 5 tahun abah uruskan sendiri kedai ni. i mean dia urus sorang2. no kerani, no bank runner, no PA, no kuli, no tukang angkat barang, tak de tak de sesiap pun bantu abah urus kedai selama 5 tahun aku di universiti.

selama 4 hari aku duk meja dia ni baru aku tau susah nye kerja abah hari2..mcm2 bende nak kena urus..aku baru 4 hari..abah dah hampir 10 tahun layan semua ni..klu nak urus shj mungkin tak susah kan?? mcm itu letak situ ini letak sini, isi borang situ isi borang sana..tp selain urus abah pun kena fikir mcm2 ingt mcm2..all in one la abah buat kerja sorang2. and sekarang aku baru rase buat bende ni semua baru 4 hari pun kepale dah teng..ye la orng kata alah bisa tegal biasa kan. tp memang susah nak uruskan semua perkara di kedai ni sorang2.

ade alasan kenapa abah masih belum ambil pekerja walaupun kedai ni dah beroperasi hampir 10 tahun. abah cakap kerja di kedai masih belum cukup untuk mengaji pekerja. jika ambil pekerja sekarang ia akan membebankan dan bukan menyenangkan.

cara abah dan saya dalam berniaga memang banyak perbezaan. mungkin kerana perbezaan pengalaman dan matlamat. abah sngt berhati2 dlm perniagaan dan cube meminimumkan sebarang kesalahan untuk memaksimumkan keuntungan. bagi sy pulak sy sedang cube melakukan seberapa bnyk kesalahan sbb sy nak dptkan seberepa banyak cara2 untuk mengatasinya keuntungan masih bukan keutamaan yg paling utama. ia perkara yg biasa dlm perniagaan jika lima tahun pertama anda tidak mendapat sebrang untung. tp jika ia berlaku sebaliknya anda harus berhati2.

berbalik cerita sy di kedai sekrang, antara masalah yg sy tengok sekarang ialah, ramai pelanggan yg sudah biase berurusan dengan abah nampak begitu kurang yakin dengan harga yg sy sebut kan. ramai pelanggan yg ckp ala ngan abah awak mesti dpt murah lg ni..padahal aku tau harga modal setiap barang di kedai dan aku yakin abah tak kan bagi harga lagi murah dari aku..cuma pd persepsi mereka shj mereka percaya klu mintak harga dengan abah akan menjadi lebih mudah. tp sebenarnye tidak.

selain itu sy jenis tak suke berckp semasa bekerja. ia berbeza dengan abah sy, anda boleh beli paku simen 1 inchi dengan harga seringgit dan kemuadian berbual2 dengan abah sy sehingga tengah hari. sy tidak akan buat begitu, anda tanye sy barang apa yg anda mahu dan sy akan tunjukannya kepada anda dan sy harap anda boleh buat keputusan yg cepat samaada untuk membelinya atau sebaliknya. dan nyata ramai pelanggan kami suke datang ke kedai kami kerana mereka boleh dengar abah sy bercerita, dan mereka suka bile abah terangkan tentang pertanian. kerena abah terengkan perkara yg sebenar dlm ilmu pertanian berbanding di kedai yg mereka langgan sebelum ini hanya menerangkan dan meyakin kan mereka dngn cara bergini shj "oohh ini baja manyak bagut manyak bagut" itu shj.

so sy rasa ada bnyk perkara yg perlu sy perbetulkan. ya ia memang menganai perbezaan pengalaman. ia memang mencorak segalanya kadang mungkin tanpa kita sedari.

2 comments: