Pages

Monday, April 23, 2018

Kerinduan, keciciran yang didambakan

salam,

hari ni 23 april 2018 tiba tiba aku rasa rindu pulak nak menulis di blog. jadi aku terus mengarang sambil ditemani filem laksamana do re mi di tv2. tapi tak de pulak idea aku nak tulis ape hehe.

sambil mengarang ni aku membelek gambar gambar lama yang tersimpan dalam harddisk laptop aku ni. makin membuak buak pulak rase rindu nak jalan jalan ambil gambar.

cepat benar masa berlalu pergi. banyak yang dah berubah, terasa pantas segala perubahan ini atau aku yang lambat dan ditinggalkan arus perubahan aku pun tak pasti. tapi aku selesa begini. biarlah yang telah berubah ini pergi jauh ke depan dan tinggalkan aku di sini. aku rela ditinggalkan, kecicirin yang didambakan hahaha.

baru karang 3 perenggan tengok jam dah masuk 24 april rupanya hahaha. memang tak de idea ni so ok lah dulu buat masa ni. maaf lah kerana telah membuang masa para pembaca hahaha. insyaallah ada masa ada idea aku menulis lagi nanti.

TATA..