Pages

Thursday, June 9, 2011


anda pernah menonton film "into the wild"??? ia sebuah cerita based on true story. mengenai seorang lelaki yang keluar dari rumah meninggalkan keluarga dan berkelana seorang diri untuk ke Alaska. mengembara seorang diri berjalan tanpa wang dan bertemu bermacam ragam orang. saya juga suka begitu. berjalan bebas ke setiap pelusuk dunia ke mana sahaja yg sampai kaki melangkah melihat semua dengan mata sendiri dan menilai dengan akal sendiri.

ia sesuatu yg memang saya impikan. sy nak sngt mengembara ke seluruh dunia. sy tak mahu ada destinasi seperti alaska. sy cuma mahu berjalan menikmati segala yg ada dan boleh. bagaimana ia berlaku tanpa apa2, bagaimana sy melihat segala2nya tanpa ade sesuatu pun yg membataskan tanggapan sy. ia seperti mengetahui apa yg sepatutnya sy ketahui melalui cara yg sepatutnya sy ketahui.

tp sy tak tahu bile sy akan dpat peluang untuk melakukan pengembaraan sy sendiri. bnyk perkara yg membataskan sy. paling utama ialah keluarga. sy tak boleh buat mcm mane alexender supertrump lakukan dalam misi dia pergi ke alaska dengan meningkalkan shj ibu bapanya tanpa bnyk bicara. tp sy percaya jika alexender supertrump tak melakukan perkara itu ia tidak akan sampai ke magic bus sampai sekarang.

sy cume berharap satu hari nanti sy akan dpt melakukan pengembaraan sy sendiri. jika pun sampai akhir hayat sy ia masih belum berlaku. sekurang2nya anda sudah tahu apa impian sy.

No comments:

Post a Comment