Pages

Thursday, June 16, 2011

summary episod akhir nora elena

hehe..ni aku cite untuk mira kimura yg tak dapat tengok cite nora elena episod akhir..klu ade sesiape yg terlepas episod akhir ni pun boleh la bace..tp kalau nak real nanti ade la orang upload kat mane2 kot episod akhir ni..

okey dlm episod semalam kan seth dengan elena di beritahu oleh malek tentang niat si yvoon tu kan..so mase elena nak keluar wad tu seth pun ckp kat elena lebih baik elena balik rumah dari tinggal kat rumah kawan dia tu. elena pun dh goyang jugak la. mane taknye dia dah tau kot yvoon nak bunuh dia, so elena pun setuju la balik rumah seth. malam sebelum keluar tu amir ade dtng melawat elena. amir ckp ikhlas prinsip dia tak ambik hak orang, lagi2 kepunyaan kawan baik dia sendiri. amir jugak pesan kat elena suruh bagi tau amir jgn la jeles kat dia lagi.

kat rumah, seth siap upah security lagi nak jage rumah. (jeles jgk la pasal kalau aku kaye pun aku akan buat mcm tu, masalhnya aku belum kaya lagi). mase kat rumah tu elena pun sampaikan la pesanan amir, and seth pun ckp dia tak jeles sbb klu dia jeles dia tak kan cerita masalah dia kat amir and tak mintak tolong dengan amir. dalam pada tu ade juga yvoon cube nak buat sesuatu tp gagal sebab rumah seth ade security guard.

5 bulan lepas tu (kalau tak silap la pasal aku duk jauh dari tv tak nampak sngt berapa the exact bulan tu) seth pun beli baju2 and kelengkapan baby, pluss seth siap beli pregnancy book lagi sbb doktor cakp kandungan elena mcm luar biase sikit..elena pun start la suke2 kat seth hehe. and elena nampak seth bangun solat malam. elena rase seth patut di beri peluang kedua. elena pun buat2 mcm biase je la ngan seth, tp elena tak tunjuk la yg dia dah maafkan seth dia just senyum2 gitu je (senyuman elena tu manis sngt)

pas tu satu hari tu elena turun tangga, mase sampai kat bawah tu tibe2 air beranak ( air ape ntah aku tak tau) mcm meleleh kat kaki dia. kak pah pun ckp eh ni dah nak beranak ni and suruh elena call seth. elana call call call seth, seth tak angkat angkat..rupenye handphone seth tertinggal dalam bilik office sbb seth pegi meeting. meeting tu pulak ngan client dia, seth dpt projek 4 juta..cover la rugi ngan client dia yg kaki pukul tu rezeki anak kot. ha pas tu baru seth tau elena dah miss call dia 10 kali..seth call balik kak pah yg jawab ckp elena dah masuk bilik beranak.

happy gile la seth ngan elena mase dapat baby tu, tp sekejap je..kau tau mira yvoon boleh menyamar jadik nurse past tu curik2 masuk tempat simpan baby past tu dia culik baby seth ngan elena..mase tu elena ngan seth tak tau ape2..elena suruh seth amik baby diaorang..pas tu seth pergi tempat baby tu baby tak de..seth tanye nurse ckp ade sorang nurse dah antar baby kat elena..padahal yvoon yg culik. pas tu seth dpt call dr yvoon, yvoon ckp dia yg culik baby tu, yvoon mintak seth datang jumpe dia and bawak passport sekali.

seth pun ikut ckp yvoon and seth janji kat elena dia akan bawak balik baby diaorang ngan selamat. pas tu seth jumpe yvoon kat bukit mane ntah. rupe2nye yvoon nak seth ikut dia pergi thailand and kawin kat sana. seth pun ikut je la sbb nak baby tu selamat. yvoon ckp jgn report polis klu nak baby tu selamat

dekat hospital mak bapak elena datang, pas tu mase elena terangkan pada mak bapak dia tentang ape yg terjadi tu kebetulan pulak amir baru nak bukak pintu. amir terdengar la baby seth ngan elena kena culik ngan yvoon and yvoon bawak seth ke utara..amir pun arahkan anggota dia belah utara selatan buat roadblock. yvoon yg dalam pejalan ke thailand pun terberhenti kejap sebb terserempak ngan roadblock. yvoon stop kereta sebelum roadblock..yvoon marah seth sbb kenape report polis tp seth ckp bukan dia yg report. pas tu yvoon bengang dia buat u turn past tu campak baby tu keluar tingkap kereta dia. seth pun jerit tunggguuuuuuuu..and lari pergi dapatkan baby tu (aku pun cuak gile mase ni) rupenya yg yvoon bawak dari kl tu anak patung..seth dah pening kepala mane baby dia..

mase yvoon on the way patah balik tu dia kena tahan ngan polis, rupenya baby tu yvoon sorok kat rumah mane ntah (bile mase polis buat siasatan pun aku tak tau la)..tp yvoon kena tangkap la and baby seth ngan elena selamat.

berberapa bulan lepas tu, elena ngan seth pun berbahgialah hidup brsama orang baru baby comel tu. seth tanya elena betul2. adakah elena boleh maafkan dosa besar seth tu dulu. elena ckp yup dia maafkan seth. elena pun ckp dlm hati rupanya dengan memberi kemaafan dan melupakan segala kisah silam dia tu dia mampu mengecapi kebahagia yg dia cari.

TAMAT

eh tau tak name baby diaorang ape??? - kaseh or qaseh or kasih (ejaan dia aku tak tau la mcm mane)

Wednesday, June 15, 2011

susah rupanya


hari ni dah hari ke-4 aku ganti tempat abah kat kedai ni. uruskan kedai mcm abah buat. sebelum ni mase aku belajar kat UiTM dari diploma ke degree selama 5 tahun abah uruskan sendiri kedai ni. i mean dia urus sorang2. no kerani, no bank runner, no PA, no kuli, no tukang angkat barang, tak de tak de sesiap pun bantu abah urus kedai selama 5 tahun aku di universiti.

selama 4 hari aku duk meja dia ni baru aku tau susah nye kerja abah hari2..mcm2 bende nak kena urus..aku baru 4 hari..abah dah hampir 10 tahun layan semua ni..klu nak urus shj mungkin tak susah kan?? mcm itu letak situ ini letak sini, isi borang situ isi borang sana..tp selain urus abah pun kena fikir mcm2 ingt mcm2..all in one la abah buat kerja sorang2. and sekarang aku baru rase buat bende ni semua baru 4 hari pun kepale dah teng..ye la orng kata alah bisa tegal biasa kan. tp memang susah nak uruskan semua perkara di kedai ni sorang2.

ade alasan kenapa abah masih belum ambil pekerja walaupun kedai ni dah beroperasi hampir 10 tahun. abah cakap kerja di kedai masih belum cukup untuk mengaji pekerja. jika ambil pekerja sekarang ia akan membebankan dan bukan menyenangkan.

cara abah dan saya dalam berniaga memang banyak perbezaan. mungkin kerana perbezaan pengalaman dan matlamat. abah sngt berhati2 dlm perniagaan dan cube meminimumkan sebarang kesalahan untuk memaksimumkan keuntungan. bagi sy pulak sy sedang cube melakukan seberapa bnyk kesalahan sbb sy nak dptkan seberepa banyak cara2 untuk mengatasinya keuntungan masih bukan keutamaan yg paling utama. ia perkara yg biasa dlm perniagaan jika lima tahun pertama anda tidak mendapat sebrang untung. tp jika ia berlaku sebaliknya anda harus berhati2.

berbalik cerita sy di kedai sekrang, antara masalah yg sy tengok sekarang ialah, ramai pelanggan yg sudah biase berurusan dengan abah nampak begitu kurang yakin dengan harga yg sy sebut kan. ramai pelanggan yg ckp ala ngan abah awak mesti dpt murah lg ni..padahal aku tau harga modal setiap barang di kedai dan aku yakin abah tak kan bagi harga lagi murah dari aku..cuma pd persepsi mereka shj mereka percaya klu mintak harga dengan abah akan menjadi lebih mudah. tp sebenarnye tidak.

selain itu sy jenis tak suke berckp semasa bekerja. ia berbeza dengan abah sy, anda boleh beli paku simen 1 inchi dengan harga seringgit dan kemuadian berbual2 dengan abah sy sehingga tengah hari. sy tidak akan buat begitu, anda tanye sy barang apa yg anda mahu dan sy akan tunjukannya kepada anda dan sy harap anda boleh buat keputusan yg cepat samaada untuk membelinya atau sebaliknya. dan nyata ramai pelanggan kami suke datang ke kedai kami kerana mereka boleh dengar abah sy bercerita, dan mereka suka bile abah terangkan tentang pertanian. kerena abah terengkan perkara yg sebenar dlm ilmu pertanian berbanding di kedai yg mereka langgan sebelum ini hanya menerangkan dan meyakin kan mereka dngn cara bergini shj "oohh ini baja manyak bagut manyak bagut" itu shj.

so sy rasa ada bnyk perkara yg perlu sy perbetulkan. ya ia memang menganai perbezaan pengalaman. ia memang mencorak segalanya kadang mungkin tanpa kita sedari.

Friday, June 10, 2011

ramdhan hasan vs seth



perbezaan antara ramdhan hasan dan seth. tak banyak beza pun sebenarnye. lebih kurang ja pun. nilai nilai pun tak banyak beza, tapi mesti la ade perbezaan sedikit kan. antara nya di huraikan begini:

perbezaan:

seth
- kacak
- bukan melayu
- pakai kereta eropah
- pernah mabuk

ramdhan hasan
- cute
- melayu sejati
- pakai kereta jepun
- tak pernah khayal

persamaan:

- mereka berdua pandai berkata manis
- mereka juga berlemah lembut dengan wanita
- seth dan ramdhan hasan juga adalah lelaki yg menepati masa
- dan paling penting mereka berdua adalah lelaki yg penuh dngan kejutan

kah kah kah..

Thursday, June 9, 2011

kerja sambilan


sekarang sy kerje dengan abah saya, tolong abah jaga kedai. kerja sambilan saya amik upah sebagai wedding photographer di sekitar hometown sy shj. pada mulanya sy tak nak terlibat dalam industri gambar khawin ni sbb sy rasakan ia satu tugasan yg mencabar. tp bila saya fikir sy ada masa dan alatan photography ape salahnya jika sy mencuba.

komitmen sy paling utama sudah tentu bekerja dengan abah walaupun tanpa gaji..hehe. so wedding photography ni sy buat secara sampingan shj. walaupun ia secara sambilan ia amat penting buat saya kerana jika sy tak buat kerja ni sy mungkin akan simpan shj nikon d90 sy dalam drybox atau mungkin sy akan terlupa shortkey2 photoshop jika sy tak menyentuhnya dalam jangka masa yg lama. secara tak langusng kerja sambilan ini dapat membantu sy mengekalkan kemahiran yg sy ada.

anda pernah menonton film "into the wild"??? ia sebuah cerita based on true story. mengenai seorang lelaki yang keluar dari rumah meninggalkan keluarga dan berkelana seorang diri untuk ke Alaska. mengembara seorang diri berjalan tanpa wang dan bertemu bermacam ragam orang. saya juga suka begitu. berjalan bebas ke setiap pelusuk dunia ke mana sahaja yg sampai kaki melangkah melihat semua dengan mata sendiri dan menilai dengan akal sendiri.

ia sesuatu yg memang saya impikan. sy nak sngt mengembara ke seluruh dunia. sy tak mahu ada destinasi seperti alaska. sy cuma mahu berjalan menikmati segala yg ada dan boleh. bagaimana ia berlaku tanpa apa2, bagaimana sy melihat segala2nya tanpa ade sesuatu pun yg membataskan tanggapan sy. ia seperti mengetahui apa yg sepatutnya sy ketahui melalui cara yg sepatutnya sy ketahui.

tp sy tak tahu bile sy akan dpat peluang untuk melakukan pengembaraan sy sendiri. bnyk perkara yg membataskan sy. paling utama ialah keluarga. sy tak boleh buat mcm mane alexender supertrump lakukan dalam misi dia pergi ke alaska dengan meningkalkan shj ibu bapanya tanpa bnyk bicara. tp sy percaya jika alexender supertrump tak melakukan perkara itu ia tidak akan sampai ke magic bus sampai sekarang.

sy cume berharap satu hari nanti sy akan dpt melakukan pengembaraan sy sendiri. jika pun sampai akhir hayat sy ia masih belum berlaku. sekurang2nya anda sudah tahu apa impian sy.

Wednesday, June 8, 2011

gambar biasa


antara pandangan biasa pada majlis perkahwinan. kanak2 yang di bayar supaya membuat persembahan dan menghibur pengantin dan hadirin hadirat yg hadir pada majlis tersebut.

gambar ni aku ambik ahad lepas 5/6/2011 di satu majlis perkahwinan di kuala tembeling. gambar ni mungkin tiada ape2 makna bagi ramai orang, tp bagi aku sngt berharga.

sebenarnye ni dah kali ke-2 aku jumpe kumpulan ini di majlis perkahwinan. kali pertama aku tengok persembahan mereka memang aku tertarik sbb mereka memang sngt licik comel dan pandai menari, dan kali ni aku tak lepaskan peluang untuk merakamkan gambar mereka.

ternyata persembahan mereka yg baru aku tengok ahad lepas lebih mantap dan kemas dari yg pernah aku tengok dulu. ya ia mungkin bakat dan minat yg di pupuk semasa usia muda mungkin memudahkan segalanya bagi mereka. tp bagi aku yg paling buat aku termenung sejenak ialah kerena ketebahan mereka, kecekalan mereka, kesungguhan mereka dan ketekunan mereka. tarian yg mereka tarikan bukanlah satu tarian yg popular, jauh sekali tarian yg glamor. tp bagaimana mereka masih mahu kekal dan bukan saja kekal di dalam kumpulan ini tp ingin bangun bersama kumpulan tarian mereka. seolah olah mereka begitu bangga melakukannya bersama sama.


kena mula jugak

salam semua..sy dah lame teringin nak tulis blog. lepas tu sy buat account ni. tapi saya tak tau pulak ape nak tulis dan ape nak kongsi. kadang kadang bukan sebab tak de idea nak tulis ape tapi kalau anda biase mengalaminya bile terlalu banyak perkara yg anda fikir dan ia terlalu rawak sebenarnya lebih sulit untuk menulis. jadi hari ni saya ingin juga memecahkan kebuntuan ini dengan cuba melakukan sesuatu dari tidak melakukannya. baiklah hari ni saya akan menulis serba sedikit mengenai diri saya agar mungkin mudah untuk anada gambarkan apa isi2 yg bakal ada dlm blog sy ini.

okey sy ni orang pahang lahir di jerantut, sekolah rendah sy merata sbb ikut abah berpindah randah, sekolah menengah sy di jerantut. melanjut pelajaran di UiTM dalam jurusan account tp tak tamat pengajian kena buang mase part 5. lepas tu sy mintak lagi UiTM dpt jurusan industrial design. diploma di kedah dan ijazah di shah alam. dan sekarang sy membantu abah sy berniaga.

sy rasa ini dulu buat kali ni..