Pages

Friday, September 23, 2011

kegembiraan

seorang pakcik tua berumur 92 tahun. rendah je orangnye..selalu berpakaian kemas..dia memang pandai menjaga penampilannya. hari ini dia dengan sukarelanya mengambil keputusan untuk tinggal di rumah orang tua.

isterinya meninggal hampir 20 tahun lalu. jadi pakcik tu dengan hati yang terbuka meninggalkan rumahnya dan berpindah ke rumah orang tua.

setelah agak lama menuggu di ruang legar rumah orang tua tersebut, pakcik tu tibe2 tersenyum sebab dia di beritahu bilik untuknye sudah sedia untuk dihuni..

aku pun bwk pakcik tu ke bilik dia..pakcik tu sambil pegang tongkat tu berjalan la ikut aku perlahan2..sambil berjalan tu aku cerita la mcm mane keadaan bilik dia tu.."pakcik bilik pakcik tu kecik je x la besar sangat, langsir dia pun kami gantung kertas je"

"pakcik suka nak" dengan penuh ceria pakcik tu jawab..mcm budak 8 tahun dpt hadiah..

"pakcik osman..pakcik man kan x tengok lg bilik tu..emm kejap kite dah nak sampi ni"

pakcik tu jwb "x pe x tengok pun x pe"

"kegembiraan adalah sesuatu yg memang pakcik dh pilih nak"

"same ade pakcik suke ke x bilik tu adalah bkn sebab perabotnye atau pun hiasan dalamnye..sebenarnye ia bergantung kepada mcm mane pakcik membuat keputusan"

"pakcik dh memang buat keputusan untuk suke dengan bilik itu..dan setiap pagi pakcik akan ingatkan diri pakcik yg pakcik memang suke bilik tu..

"pakcik boleh buat keputusan sama ade mahu baring saje atas katil sebab mate dan telinga pakcik x berfungsi dengan baik..atau pakcik boleh ambik keputusan untuk bangun dan mengucap syukur pada tuhan kerana pakcik masih boleh guna tangan pakcik untuk mkn"

"setiap hari adalah hadiah dari tuhan..selagi pakcik boleh bukak mata pakcik akan hadapi hari tu dengan penuh kegembiraan..dan pakcik akan ingat balik kenagan2 manis yg pakcik dh lalui dulu"

"waktu tua ni mcm simpanan bank la..anak akan ingat kembali kenagan manis yg anak lalui sepanjang hidup"

"jd nasihat pakcik simpan la kenangan2 manis yg anak sudah dan akan lalui nanti"

"pakcik pun masih mengumpul kenangan manis yg pakcik lalui setiap hari dan terima kasih nak sebab menjadi sebahagian dari kegembiraan dalam hidup pakcik"

hidup la dengan gembira nak..

1) bebaskan hati kamu dari sifat benci
2) bebaskan minda kamu dari rase bimbang
3) hidup sederhana
4) banyak memberi
5) jgn mengharap yg lebih


P/S: dari mana sumber aku amik cerita ni pun aku dah tak ingt dah..aku pun satu tak catit nama sumber tu siap2..asal cerita ni dlm bahasa inggeris saja aku terjemah dalam bahasa melayu..paham kan je la.

No comments:

Post a Comment